Tentang KamiCarol Jouflin yang mengendali Borneo Red Chilli Enterprise adalah merupakan seorang lepasan graduan dalam Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Bachelor in Business Management) daripada Universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM). Beliau telah menghabiskan pengajiannya pada tahun 2012 dan telah bekerja sebagai seorang Executive Marketing di Pasar Raya Ngiu Kee Kepayan selama setahun dari tahun 2013 sehinggalah tahun 2014. Selepas itu, beliau telah memutuskan diri untuk menceburi bidang didalam pertanian setelah membuat kajian akan peluang yang boleh diperolehi hasil daripada sektor ini.
PENGALAMAN Penanaman Lada telah menjadi pilihan kepada halatuju karier hidupnya. Ini kerana hasil daripada kajiannya, lada merupakan satu keperluan kepada orang ramai sebagai penyedap dan penambah perisa untuk masakan dan makanan. Menceburi didalam bidang pertanian ini, ia telah bermula seawal tahun 2012 selepas menamatkan pengajiannya. Walaupun bekerja di Ngiu Kee pada waktu itu, masa cutinya akan dihabiskan dalam membantu ibubapanya didalam penanaman lada di tanah sewaan di Penampang. Hasil daripada penanaman lada, ia telah menampakkan hasil setelah penuaian lada itu telah berjaya dijualkan. Harga pada waktu tersebut adalah pada lingkungan RM64 sekilogram. Namun, keadaan cuaca yang tidak menentu dan banjir kerap berlaku telah merosakkan penanaman lada sehinggakan berlaku penyakit pada pokok lada dan ini telah membuatkan produksi lada merosot. Perbincangan dikalangan ahli keluarga dilakukan untuk membuat pertimbangan kepada keadaan pada waktu itu. Akhirnya, keluarga beliau telah memutuskan untuk membeli sebidang tanah kampung dengan keluasan 5 ekar untuk memulakan sekali lagi penanaman lada. Kali ini, penanaman ladang dilakukan di kawasan Inanam. Berbekalkan kepada pengalaman 3 tahun sejak 2012, selama 2 tahun beliau dan keluarganya telah mengalami kegagalan akibat daripada kerosakan pada pokok lada oleh serangan serangga dan penyakit pokok lada. Kini, segala tanda-tanda penyakit lada berjaya dikenalpasti dan dikuasai oleh beliau, dan tindakan didalam mengubati pokok lada berjaya dilakukan dengan cepat untuk mengelak kerosakan kepada pokok-pokok lada disamping itu juga mampu mengurangkan kerugian kepada hasil produksi pengeluaran lada. Berbekalkan kepada kreativiti and inisiatif, beliau tidak hanya menfokuskan kepada penanaman dan penjualan semata-mata tetapi juga telah memfokuskan kepada penghasilan produk-produk lada yang mempunyai perisa berbeza. Antaranya ialah Lada perisa bambangan, halia, tuhau, mangga, belacan, mangga belacan dan banyak lagi. Kreativiti beliau ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan secara komersial namun satu pencapaian baru telah berjaya dilakukannya. Berikan sokongan moral anda kepadanya melalui pembelian produk daripada syarikatnya yang bernama Borneo Red Chilli Enterprise. Semoga anak-anak Sabah mampu berjaya didalam bidang perniagaan yang akan menjadi pengubah kepada taraf hidup dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. |
Siapakah Kami? |
Borneo Red Chilli Enterprise merupakan syarikat perniagaan yang berdaftar dengan kerajaan. Penanaman, penjualan serta penghasilan produk-produk tempatan hasil daripada penanaman ini merupakan usaha serta kreativiti syarikat ini yang dikendalikan oleh Borneo Red Chilli Enterprise.
|
Sejarah Kami |
Bermula pada tahun 2012 melalui penanaman disebuah tanah sewaan yang terletak di Penampang kini telah maju setapak dengan mengusahakan sebidang tanah sendiri yang telah dibeli. 3 tahun sudah hampir berlalu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang tempoh tersebut berjaya memberikan pengalaman yang cukup penting dalam membantu penambahbaikan cara penanaman, penuaian, pengeluaran serta penjualan. Satu perkara yang luar biasa telah berjaya dicapai apabila Borneo Red Chilli Enterprise telah mampu melakukan kreativiti didalam mengeluarkan produk-produk dalam bentuk menarik hasil daripada penanaman lada.
|